|
|
|
Terma
& Syarat Perkhidmatan FY Photography
|
| HARGA
& PAKEJ 1. Harga pakej adalah tetap 2. Harga tidak termasuk caj luar kawasan (Johor Bahru) CAJ LUAR KAWASAN 1. Caj luar kawasan mengambil kira kos-kos berikut : petrol, jarak kilometer perjalanan, kadar tol semasa, masa perjalanan & penginapan 2. Kawasan luar dari Johor Bahru akan dikenakan caj luar kawasan 3. Caj boleh dirunding & mengikut persetujuan berdasarkan kadar semasa 4. FY PHOTOGRAPHY berhak mengenakan caj tambahan sekiranya pengiraan awal caj luar kawasan kurang dari kos sebenar TEMPAHAN 1. Tempahan boleh dibuat 1 hingga 4 bulan sebelum majlis 2. Sebarang penukaran tarikh & masa boleh dibuat selewat-lewat (1) bulan sebelum tarikh majlis DEPOSIT & PEMBAYARAN 1. 50% deposit dari jumlah harga pakej perlu dibayar semasa tempahan 2. Pembayaran boleh dibuat menerusi pembayaran tunai , perbankan internet & menerusi mesin ATM (Cash Deposit Machine) 3. Deposit tidak akan dikembalikan sekiranya berlaku pembatalan tempahan 4. Bayaran baki (30%) perlu dibuat selepas ( 2-3 hari dari tarikh majlis) 5. Bayaran baki terakhir (20%) perlu dibayar setelah album siap (dalam jangkaan 7-8 minggu dari tarikh majlis) JURUFOTO BERTUGAS 1. FY PHOTOGRAPHY berhak menghantar mana-mana jurufoto kami yang bertugas 2. Permintaan peribadi untuk jurufoto bertugas bergantung kepada jadual 3. Pertambahan jurufoto per aturcara adalah sebanyak RM 300 4. Pertukaran jurufoto akan dimaklumkan sekiranya berlaku perkara yang tidak dapat dielakkan seperti kemalangan/kematian/kecemasan/masalah kesihatan/ kerosakan peralatan/faktor jarak & masa FOTOGRAFI 1. FY PHOTOGRAPHY berhak menggunakan foto pelanggan kami untuk tujuan pengiklanan perniagaan atau apa-apa tujuan promosi yang berkaitan. 2. FY PHOTOGRAPHY boleh menggunakan apa jua medium fotografi untuk mempotretkan detik perkahwinan pelanggan PERSEDIAAN ALBUM & PENGHANTARAN 1. Tempoh menunggu album adalah antara 7-8 minggu bekerja, tidak termasuk Sabtu & Ahad serta mengikut giliran pengantin 2. kelewatan penghantaran akan dimaklumkan kepada pelanggan 3. FY PHOTOGRAPHY berhak menahan penghantaran album bagi pembayaran yang belum dijelaskan 4. Penghantaran melalui kurier atau Pos Laju bergantung kepada keadaan dan kadar semasa |
|
Hakcipta
Terpelihara FY Photography 2007-2008
|